>Coret 2 – Seorang Isteri Yang Ditinggalkan

>

Naluri dan gerak hati seorang isteri (mungkin) selalunya benar…dan ada ketikanya juga tidak langsung boleh diguna pakai. Sebaliknya hanya akan mengeruhkan keadaan.

Tulisan saya disini bukan semata-mata untuk menjaga tepi kain orang. Bukan juga berniat untuk memaparkan atau menceritakan kisah pahit manis kehidupan rumahtangga orang lain sebagai tatapan umum. Tidak sama sekali…. Malahan, saya sedar bahawa saya perlu menjaga tepi kain saya sendiri. Saya juga lebih berhak untuk memastikan kebahagiaan rumahtangga saya sendiri.
Tetapi disini, saya sebenarnya ingin berkongsi cerita suka dan duka seorang isteri yang baru melahirkan anak dan masih didalam pantang tetapi telah ditinggalkan suami. Dapat saya bayangkan bagaimana kesusahan dan keperitan hati seorang perempuan pada ketika itu, sedangkan pada kebiasaannya, pada saat itulah si isteri amat memerlukan kewujudan si suami untuk sentiasa berada disisi… Begitu juga dengan seorang anak yang baru lahir…yang ingin melihat wajah seorang bapa kandungnya sendiri.

Saya tidak bercadang untuk menulis terlalu panjang disini…cukuplah sekadar kita merenung dan berfikir sejenak bersama-sama…. mengapa mesti ada di dunia ini seorang lelaki bergelar suami yang sanggup memperlakukan seorang perempuan dan isterinya sebegitu…? Tidakkah terfikir diakalnya bahawa pada saat itu isterinya sedang berada didalam keadaan yang amat sukar. Kesukaran selepas melahirkan…kesukaran untuk bergerak mengurus anak-anak dan rumahtangga…kesukaran perasaan pula ditambah dengan bebanan fikiran memikirkan masalah yang datangnya dari suami sendiri. Subhanallah…

p/s suami yang baik adalah untuk isteri-isteri yang baik juga…begitulah sebaliknya…

Leave a comment