Resepi ini agak ringkas.  Selain dari sedap dimakan bersama nasi ia juga ada ummphh kalau dimakan begitu sahaja….orang sarawak cakap ‘nyaman dianyang’, ermm…!

Anak-anak suka makan sambal ni…maklumlah, bila ada kacang dan ikan bilis kanak-kanak pasti gemar.  Kerana itu juga bila tiap kali saya buat sambal ni kena ingat selera anak-anak dulu, mesti kurangkan pedas.

Ok..mari..mari…

Kali ni saya kongsikan pulak resepi Sambal Goreng Kacang Ikan Bili

Bahan-Bahan:

Kacang Tanah 1/2kg
Ikan Bilis 200gm
Bawang Putih-dikisar
Bawang Merah-dikisar
Lengkuas-dikisar
Serai-dikisar
Cili Kering-dikisar
Rempah Tumis 1bungkus
Minyak Masak
Perasa
Sedikit Garam
Gula – ikut selera

Cara Membuat :

Kacang dan ikan bilis digoreng berasingan terlebih dahulu. Selepas itu, panaskan minyak masak. Kemudian tumiskan rempah sehingga naik bau. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar. Kuar selalu supaya tidak hangus dengan api kecil. Biar sehingga betul-betul masak dan campurkan pula bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai. Gaul sehingga masak dan berbau wangi. Tambah sedikit perasa, garam dan gula secukup rasa. Apabila sudah cukup pekat masukkan kacang tanah yang telah digoreng tadi diikuti juga dengan ikan bilis. Kuar sebati dan tutup api.

Boleh dihidangkan untuk 10 orang.

Sambal ini boleh disimpan lama didalam peti sejuk.

***Untuk tambahan, sekira mahu…kita boleh juga menambah lobak masin didalam sambal ini. Pastikan lobak dihiris nipis dan dipotong sepanjang 2cm. Gorengkan dahulu dandigaul bersama sambal tadi. Garenti lazat dan ada uummmpphhh..!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s