Cubaan Pertama Dengan WordPress

Serba salah dengan kehendak sendiri samada meneruskan dengan blogspot atau cuba menyingkap lembaran baru dengan wordpress.  Keliru.  Bila persoalan ini sering bertalu-talu menguji mata, hati dan minda… nafsu terus hangat membara.

Asalnya dulu saya memang pernah terfikir nak berpindah ke wordpress, malah saya dah pernah buka satu akaun baru Cinta Kasih Sayang tapi ntah bagaimana semangat seperti tidak kuat untuk meneruskan maka ia terus dibiar berlalu begitu sahaja.  Kelemahan yang ketara dalam diri yang perlu ditangkis jauh-jauh.

Maka, inilah hasil kerja tangan saya.  Wahh… sungguh payah dan perit untuk mencapainya.  Secara jujurnya, saya memang masih terlalu ‘hijau’ dan ‘muda’ untuk berpijak ke laman wordpress ini.  Mohon maaf kepada yang sudah mahir dan sifu wordpress yang sedia ada jika ada kekurangan atau yang tidak sedap dipandang mata mohon ditegur dan diberitahu mana silapnya.

Saya sempat singgah ke laman Muhammad Tarmizi Dot Com dan Hidup Biar Sedap, Kujie2.  Terima kasih diatas perkongsian idea yang cukup bernas.  Juga penghargaan yang tidak terhingga kepada Kak Kujie2 yang sentiasa memberi pandangan berharga mengenai wordpress ini.

Selepas ini saya akan sentiasa belajar dan mentelaah apa yang patut untuk memperbaharui laman kecintaan saya ini.  Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan dan kepuasan dalam diri.

>Adi Putra Vs Luqman Al-Hakim

>Ini ADI PUTRA… Anak bongsu yang amat dikasihi, mmmmuuaaahhhhhh!!!!!

Masa ni umur Adi Putra berusia 1 tahun 6 bulan. Seronok sangat bila kita dapat melihat sendiri anak-anak kita membesar didepan mata.

Gambar yang ni pulak Adi Putra baru jer berumur 9 bulan, eemm… macam ni lah rupa wajahnya, kehensemannya..terserlah..!

Masa boring kat tempat kerja video ni la yang menjadi hiburan. Adi Putra bersama abang kesayangannya, Luqman Al-Hakim.

http://www.youtube.com/get_player

Alhamdulillah…Adi Putra dan Luqman Al-Hakim sudah mengerti untuk menghargai nilai kasih sayang….

>Jangan Cari Dia Lagi Di FB

>
Facebook telah agak lama ditinggalkan. Tumpuan lebih diberikan kepada kerja rutin di rumah bersama keluarga dan tugas wajib ‘periuk nasi’. Kita memang tidak pernah menyangka sesuatu yang berlaku dalam hidup akan menjadi ‘luka’ dan meninggalkan parut yang payah untuk dihilangkan.

Dia sudah tiada lagi dalam senarai rakan FB, tiada lagi celoteh…tiada lagi kata-kata manis dan puitis… tiada lagi ucap selamat dan tiada lagi kata dorongan mahupun apa-apa sahaja yang selalu ditulis dalam status FB pada setiap masanya.

Dia tidak merajuk..

bukan membenci dunia facebook..

tidak juga ingin menyendiri..

atau tidak mahu diganggu.

Dia mengundur diri juga tidak bermaksud kalah,
tidak juga bermakna dia mengiyakan tuduhan yang salah,
jauh sekali untuk meletakkan salah kepada sesiapa,

tetapi..

kerana dia manusia yang waras, yang punya akal fikir yang sempurna yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepadanya. Baginya, tiada makna langsung untuk meneruskan ‘rencana yang tidak berpenghujung’ semata-mata untuk menegakkan benang yang basah lebih-lebih lagi didinding facebook yang pada umumnya seluruh dunia tahu laman itu adalah bebas.

Mengapa perlu berbalas mulut, berlawan kata, menuding jari…menyalahkan dia, kamu, aku, kalian, mereka dan sesiapa sahaja sedangkan punca yang berlaku ini kita sendiri tidak tahu dari mana dan dari siapa. Subhanallah…

Hanya mampu membaca dan cuba menghayati tiap baris kata-kata yang dilemparkan. Dapat membayangkan…betapa hinanya dia dan keluarganya dimata mereka. Jangan hanya meletakkan silap ke bahu orang lain. Sebaiknya kita ingatlah, berfikirlah dimana silap dan salah diri sendiri.

Kesal atas apa yang berlaku… kerana tidak menyangka disaat ini masih ada manusia yang berakal cetek begitu.

Mohon ampun dan maaf kepada yang hidup atau yang telah kembali.

Yang baik itu datang nya dari Allah..

Yang jahat itu datangnya dari diri sendiri…

>Cinta Cikgu Razman 1

>

Rintis-rintis hujan turun membasahi bumi tiba-tiba disusuli pula dengan sinaran cahaya matahari, hujan panas. Waktu seakan memahami apa yang sebenarnya sedang aku hadapi. Semalam aku menerima satu khabar gembira dari Zarina yang menyatakan kami berdua telah lulus ujian perkhidmatan yang kami duduki pada bulan Ogos yang lalu. Maknanya, aku dan Zurina layak mendapat anjakan gaji pada tahun ini. Alhamdulillah… Walaupun surat keputusan ujian itu belum diterima tetapi aku yakin khabar dari Zurina itu bukan khabar angin semata-mata.

Zurina bekerja sebagai Pembantu Tadbir di PPD Hiliran dan menjadi pembantu Pn. Maznah Haji Selikin selaku Ketua Unit Perkhidmatan di Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan. Zurina diantara kawan seangkatan dalam jawatan Pembantu Tadbir yang selalu menjadi orang pertama yang menyampaikan ‘berita terkini’ kepada kami yang bertugas di sekolah-sekolah berdekatan.

Hari ini pula, seperti terbitnya hujan panas seakan mengerti betapa ‘kepanasan’ hati ku ketika ini. Cerita lulus ujian semalam terasa sudah tidak membawa makna langsung kepada ku. Tiap langkah yang cuba diatur seperti tidak dapat diteruskan. Surat keputusan perpindahan anggota kakitangan sokongan sudah dikeluarkan dan diedarkan ke sekolah. Permohonan aku untuk berpindah “Tidak Diluluskan Atas Kepentingan Perkhidmatan”. Helaian surat itu ku lihat sudah seperti sampah, ikut hati mahu sahaja ia ku renyukkan dan dibuang dalam tong sampah. Oh..! Kenapa tiap tahun permohonan aku tidak diluluskan? Geram. Amarah menguasai diri. Bila difikirkan, kepada siapa aku harus melemparkan rasa marah ini? Adakah kepada Guru Besar ku? Atau aku harus marahkan pegawai berkaitan yang mengurus hal perpindahan? Nak salahkan siapa? Sesungguhnya, aku tidak harus berfikiran sempit begitu. Mungkin belum tiba waktunya untuk aku berangkat pergi dari sekolah ini.

SK Hiliran… Sekolah pertama aku ditempatkan ketika aku mendapat tawaran kerja sebagai Pembantu Tadbir. Tahun ini masuk tahun ke-6 aku berkhidmat disini. Hari pertama melapor diri aku merasakan dunia ini agak asing sekali. Biasalah, bila kita berpijak kaki di bumi asing yang bukan tempat tanah tumpah darah sendiri, begitulah rasanya. Tak kenal maka tak cinta…emmm…

Masuk tahun ke-6 selama aku disini sudah 3 orang Guru Besar bersilih ganti menjadi ketua kami. Cikgu-cikgu pun ada yang berpindah keluar tiap tahun, tak kurang juga yang berpindah masuk. Mempunyai seramai 25 orang guru dan 7 orang anggota sokongan serta 321 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar melayu, melanau, iban dan cina.

Keseronokan bekerja di sekolah ini memang ada bila aku rasakan ketika bekerjasama dengan staf-staf yang seakan ‘satu kepala’. Suasana bekerja tidak akan seteruk yang difikirkan jika ada sebilangan guru yang tidak terlalu cerewet dan tidak hanya tahu memberi arahan tanpa turut sama membantu membuat kerja. Iya… bagi aku antara ciri-ciri untuk membentuk semangat bekerja adalah termasuk dalam alasan-alasan itu. Jika dalam senarai sepuluh, pasti ada seorang atau dua dalam senarai itu yang cukup ‘menyesakkan’ hati. Dan yang paling tak sedap mata memandang ialah jika ada sebilangan daripada mereka yang menjadi ‘kaki bodek bos’. Nak bodek bos dengan berniat untuk apa… pun aku tidak pasti. Cuma yang jelas, aku cukup terkilan sangat sekiranya ada bos-bos yang termakan dengan bodek.

“Tak perlu kecewa sangat lah Marlia… tahun depan kau cuba lagi..” Fatihah cuba memberi semangat.

“Mestilah aku kecewa Fati, kau bayangkan… tiap tahun aku isi borang yang sama tapi keputusan tetap tidak berubah dan tidak menyebelahi aku”. Jawapan ku kepada Fatihah sedikit emosi. Fatihah hanya mempu tersenyum mendengar.

Fatihah Deramin, anak jati kampung Hiliran. Seorang yang agak pendiam dan berkulit hitam manis. Sampai bila-bila pun dia tidak akan perlu untuk memohon pindah kerana Fatihah sekarang tinggal bersama keluarga sendiri. Tiap kali apabila Fatihah tahu aku dan Samantha ada mengisi borang pindah, dia pasti akan mengeluh hampa. Alasannya, dia tidak mahu aku dan Samantha berpindah dari sini kerana tidak sanggup kehilangan kawan seperti kami berdua. Itulah Fatihah. Dia tidak sanggup berjauhan dengan orang-orang yang paling rapat dengannya. Aku beranggapan bahawa Fatihah pastinya tidak pernah merasa berjauhan dari keluarga seperti aku dan Samantha. Memang beruntung kalau dapat bekerja ditempat sendiri. Kalau esok, Fatihah dapat bakal suami orang sini juga lagilah beruntung. Aku pernah suarakan perkara ini kepada Fatihah. Fatihah hanya berdiam diri mendengar usikan ku itu dan langsung tidak berkata apa-apa. Mungkinkah apa yang aku katakan telah menyinggung perasaan Fatihah? Lidah ku menjadi kelu untuk berkata lanjut. Dari riak wajah Fatihah, dapat aku membayangkan kemungkinan besar dia ada menyimpan satu cerita yang tidak ingin dikongsikan dengan orang lain.

Aku dan Samantha adalah antara staf-staf sekolah yang tidak pernah serik-serik mengisi borang pindah pada setiap tahun. Mungkin sehingga pada masa yang ditakdirkan kami berdua berjaya berpindah barulah berhenti mengisi. Kalimah itulah yang kami berdua setia pegang.,hemmm… Aku pernah telefon dan bercakap sendiri dengan pegawai di JPN yang mengurus hal perpindahan AKS, bila aku memperkenalkan diri, pegawai itu menjawab…”Oh.. saya sudah hafal nama cik..”. Rasa terkedu mendengar jawapan itu, nak tergelak besar pun ada. Mana kan tidak, kalau dah dalam setahun ada 2 kali permohonan dibuka, cubalah hitung kalau sudah masuk 6 tahun aku berkhidmat, nama Marlia Bahren saja yang tertera pada borang pindah. Sampaikan Guru Besar pun sudah tidak larat hendak berkata apa-apa.

Samantha Lawrance, seorang guru yang tinggi lampai dan cantik manis orangnya, merupakan seorang lepasan universiti dalam jurusan Bimbingan & Kaunseling. Cikgu Samantha datang lebih awal 3 tahun dari aku di SK Hiliran ini. Berasal dari Kota Siaran, berbangsa iban tetapi cukup fasih bertutur melayu. Fatihah, Cikgu Samantha dan aku adalah teman serumah yang paling rapat dibawah bumbung SK Hiliran ini. Itu yang aku rasakan. Aku bersyukur, setibanya aku di bumi Hiliran ini aku telah temui insan yang bergelar sahabat seperti Fatihah dan Samantha.

Akan bersambung…nantikan..

>Dugaan Ku

>Agak lama laman kecintaan ku ini sepi daripada idea-idea yang mencurah. Kesibukan yang teramat yang bermula dari penghujung tahun 2010 telah mendorong aku untuk melupakan sementara dunia ini. Sesungguhnya, ini adalah separuh dari dunia hidup aku. Aku tidak bisa melupakan…emmm!

Aku masih menyimpan ‘ketat’ kata azimat berupa kritikan yang sedikit ‘kesat’ dari seorang hamba Allah yang aku sendiri tidak tahu siapa dia…? Apa yang aku ingin nyatakan kepadanya adalah…”Terima Kasih” yang tidak terhingga kerana sudi singgah di laman blog ku yang serba kekurangan ini (mungkin pada anggapan dia) tetapi bagi aku, blog ku ini sudah cukup cantik untuk aku persembahkan secara ikhlasnya kepada umum. Maka dengan itu, sudi-sudikanlah menyinggahkan diri anda untuk menjadi sahabat setia ke laman ini. Kehadiran anda amat dihargai.

Teman-teman ramai yang memberi nasihat supaya aku jangan cepat melatah dengan dugaan ini. Dunia blogger yang aku ada ini baru ‘setahun jagung’ usianya. Siapalah aku untuk membanggakan diri dan mencanangkan kepada dunia bahawa blog aku ini yang terbaik. Jauh panggang dari api…! Namun, itu tidak bermakna insan-insan diluar sana boleh berkata sebarangan tentang hasil kerja aku.

Apa-apapun, aku bangga jugak setakat ini ramai sungguh teman-teman yang memuji blog peribadi ku ini. Ada juga yang memberi sokongan positif untuk aku meneruskan perjuangan berblogger. Ini la dugaan. Inilah langkah pertama aku untuk terus menjadi seorang penulis yang cemerlang.

>Suka Menjadi Duka

>Jangan mudah terlanjur kata, nanti merana…

Mulai dari hari ini aku akan ingat sentiasa bahawa dalam kehidupan yang fana ini mulut kena jaga. Jangan mudah menuturkan sebarang kata yang kita sendiri tidak tahu apakah kata-kata kita itu betul atau sebaliknya. kita juga tidak sedar adakah kata-kata kita itu akan membuatkan orang lain senang hati atau bersusah hati. Setiap kali menuturkan kata-kata berfikirlah dahulu, tapislah dahulu agar kita tidak menjadi penyebab kepada kehancuran hati orang lain.

Ada kala mainan akan menjadi sungguhan, gurauan akan menjadi tangisan dan mimpi mainan tidur itu tidak mustahil akan menjadi kenyataan.

Menghadiri majlis perkahwinan bagi anaknda sulung seorang kawan pada hari itu cukup membuatkan aku insaf dan mungkin juga semua orang yang hadir di majlis itu akan merasakan apa yang aku rasakan.

Majlis perkahwinan yang seharusnya disambut dengan hati yang gembira telah bertukar menjadi duka hanya kerana satu ketentuan ilahi yang cukup menduga.

Ternyata kita harus menerima kenyataan yang telah diatur oleh Allah swt dan kita telah akur dengan Qada’ dan Qadar Nya.

Dalam keghairahan untuk melihat kedua mempelai bersanding, airmata turut menitis. Tangisan yang entah untuk apa, aku pun tidak pasti… yang nyata aku terlalu bersimpati terhadap seorang kawan yang telah menerima nasib sebegitu dan bersimpati dengan apa yang telah terjadi kepada pasangan pengantin itu. Subhanallah..

Aku tidak bercadang untuk bercerita panjang disini, cukup sekadar untuk renungan bersama.

>Coretan Pendek Di SB…

>

Sudah masuk 2 minggu cuti sekolah 2010. Belum ada rancangan untuk ke mana-mana bersama anak-anak sebab aku masih bekerja seperti biasa. Tambahan jugak, ‘projek besar’ bersama abangnda masih perlu diteruskan dan mesti disiapkan dengan seadanya sebelum hadir tahun 2011, insyaAllah…

Begitulah bila hidup kita telah dikerumuni oleh anak-anak dan seorang ketua keluarga iaitu suami yang pada setiap detik dan minit perjalanan hidup mereka kita mesti cuba warnai dengan kebahagiaan yang sempurna.

Bila kita masih hidup membujang, terasa hidup kita belum lengkap sekiranya belum berumahtangga, betul ke…? Mungkin ‘iya’ bagi sesetengah individu… Mungkin juga ‘tidak’ untuk sebilangan orang. Kita ada pendapat masing-masing. Kita ada masa depan sendiri untuk diwarnai samada putih dan hitam… Semua kita didunia ini ada perancangan sendiri untuk hari muka, samada memilih untuk hidup sendiri, ambil anak angkat, tinggal bersama adik beradik, tinggal di rumah orang-orang tua atau akan memulakan hidup dengan berumahtangga bersama pasangan pilihan hati hingga hujung nyawa.