Empunya Blog

Zulman77 – ‘Zul’ adalah singkatan untuk nama saya sendiri iaitu ‘Tazulliah’ dan ‘Man’ adalah nama singkatan untuk suami tercinta ‘Abdul Rahman’. Angka ’77’ tu…tahun kelahiran (ingatan untuk diri sendiri agar sentiasa muda…jangan ingat tua, eemmm).

Seorang yang sudah bergelar ibu kepada 4 orang cahayahati… Fatin Munirah 10 tahun, Siti Aisyah 7 tahun, Luqman Al-Hakim 5 tahun dan Adi Putra 2 tahun.

Dilahirkan Di Kampung Selalang, Sarikei pada 10 November …  dan dibesarkan di Kampung Semariang, Kuching.  Mendirikan rumahtangga dengan insan tercinta Abdul Rahman Hasbullah pada 26 Disember 2003.  Abang ialah seorang guru kanan yang mengajar di SK Nanga Lasi, Julau.  Seorang yang happy go lucky dan sangat penyayang.

 

 

 

Ini wajah abangnda semasa majlis konvokesyen di PWTC KL pada Jun 2010.

 

 

 

 

Lebih mesra dipanggil dengan nama Kak Tajol..tapi apa sahaja nama yang ada kaitan dengan saya, itulah saya.  Ada juga teman-teman yang bagi gelaran ‘D’ kat saya, entah…Hanya teman-teman tertentu sahaja yang tahu kenapa dan apa yang boleh melayakkan sehingga saya boleh digelar dengan panggilan ‘D’ , eerrrmmmm… (layak ke…?)

Saya bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah sekolah Daerah Meradong, Bintangor Sarawak.  Sudah berkhidmat selama hampir 11 tahun dibawah bumbung PENDIDIKAN MALAYSIA.

 

Gambar nie diambil pada tahun 2008…(kontrol ayu….)

 

 

Ini Keluarga besar saya…

Dalam satu masa yang sama saya tidak kekok untuk meluangkan masa dalam dunia penulisan begini demi minat dan hobi yang telah sekian lama bertapak dalam diri.  Alhamdulillah, niat murni saya yang ingin memiliki blog sendiri telah tertunai.  Walaupun blog saya ini tidak gah berbanding blog-blog lain yang sedia ada…namun saya berpuas hati kerana hasil tangan saya adalah asli dan tidak ditiru/dicopy paste/dicuri dari hakmilik orang lain.

Dari hari ke hari, dari semasa ke semasa saya akan cuba memperbaiki setiap kekurangan atau kelemahan yang ada pada blog saya.  Walauapapun, kehadiran saudara/i singah di teratak saya ini amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan setinggi TERIMA KASIH daun keladi, sudi-sudilah datang lagi.

Assalammualaikum..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s