Hangat Nya Salma Mentor 5

Rancangan Mentor 5… Kalau kita tanya dengan sesiapa saja peminat rancangan ini mesti mereka masih ingat pada malam itu apabila giliran Salma protege kepada penyanyi jelita dan penyanyi tersohor Malaysia Erra Fazira telah membuat persembahan.  Di belakang pentas selepas itu Erra Fazira dan Salma ditemuramah.  Ingat tak ‘soalan cepu emas’ yang diajukan kepada Erra Fazira,  Rasa tak sedap hati bila dengar sebilangan mereka mengatakan Salma tak cantik, tiada pakej untuk menjadi seorang penyanyi, harapkan suara sahaja.  Kalau nak dibandingkan dengan protege-protege lain, Salma ‘kureenggg’ sikit kecantikannya.  Perlu ke??

Isshh…tak elok la kita memperkatakan tentang Salma begitu.  Kasihan Salma.

Kalau lah betul dan kalau lah ramai mereka-mereka dalam industri seni hanya memandang rupa sebagai perkara yang paling penting dan utama untuk menjadi bintang terkenal, alamatnya…prestasi industri kita di Malaysia ini tidak mustahil memang tidak akan mampu menandingi dunia luar.

Nak ulang tayang…ini persembahan Salma pada malam itu dan dia mendendangkan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.

Eemm…dan dibawah ni adalah sedikit komen-komen daripada penonton daripada youtube…:)

1)  hello, i’m australian.. i totally like her voice… my malaysian frenz asked me to watch this vid… it’s great n not too much singer in malaysia like her.. til now, i have watch this vid till 12 time i guess.. coz, it amazed me..it awesome!! great voice, pretty look, n cute..

how old is she?? i will follow her till the time is coming.. btw, i hope she can go far as best as she can.. is that the new talent in malaysia???

dreek2dd27 1 day ago 16 
 

2)Dah bape kali dahku comment video ni…tapi x puas sngt sbb x puas comment and x puas tengok video ni…Dah berapa kali dahku tengok video ni..Best !

 

 

3)@biskutmonster tu la pasal… entah bile a yang lain2 nak tunjuk n cabar salma. konsert pengenalan pun salma dah bagi yang terbaik… apatah lagi final kang kankankan… yang lain dah habis final baru tunjuk kut. hahahaha…

MrJasmal89 5 hours ago

 

4) i rase salma bwa lagu ne lagi power dr jaclyn victor….love them both!

langkahsyabas 3 hours ago

5) 4 musim mentor yg sudah..aku rasa inilah protege yg paling mantap yg pernah aku dengar dan aku tak salah jika aku katakan SALMA adalah seorang BINTANG yg akan menyinar bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di luar negara. Harap pihak pengurusan ambil perhatian dengan SALMA ini.

heypezol 4 days ago 9 

*** Ini hanya 5 daripada beribu-ribu komen yang penonton luahkan.  Nak saya copy paste kan kesemuanya, takut nanti ada yang tidak senang hati melihatnya.  Cukuplah… dan Alhamdulillah, nampaknya penonton dan peminat sudah tahu menilai bahawa tidak semestinya CANTIK baru boleh jadi artis.

Betapa hebatnya bakat yang telah Salma ada sesungguhnya tidak dapat kita nafikan.  Kenapa perlu pertikaikan kekurangan yang ada pada dirinya dan kenapa kelebihan ketara yang ada pada Salma tidak menjadi isu.

Dan, video di bawah ni saya ambil dari youtube jugak, semasa Salma membuat persembahan di majlis perkahwinan di kampungnya.

Oh, Salma…!

***Kita baca komen-komen dibawah:

nape ckp die x cantik? mmg la x cantik sgt tp sweet ape

mit3696 1 day ago

I just don’t get it why people say that she is not beautiful. I mean, come on! She has this extraordinary voice but it does not mean she has to have extraordinary good looks too. She is just beautiful the way she is. Long way to go Salma! =)

neophytereigns 3 days ago

Puas mencari komen-komen yang barangkali mungkin ada yang mengutuk Salma…tapi  alhamdulillah, komen memuji lebih banyak daripada mengutuk.

Kepada sahabat handai, rakan taulan, peminat industri muzik Malaysia, peminat Salma, peminat Erra Fazira dan sesiapa sahaja… sokonglah industri kita mengikut jalan yang betul.  Jangan menilai seseorang penyanyi atau bakal penyanyi popular itu hanya dari luaran sahaja.  Jangan menjadikan isu kecantikan wajah sebagai pakej yang utama dan yang paling penting untuk menjadi penyanyi popular.

Banyak sebenarnya yang ingin diperkatakan disini tentang isu pakej utama untuk menjadi artis, tetapi…saya hentikan disini buat sementara waktu.  Insyaallah…akan bersambung dilain masa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s