>Coret 2 – Pagi Isnin

>Assalammualaikum…, wah, baru sempat menjenguk kesini. Sibuk banget semenjak bulan puasa. Al-maklumlah… rutin harian semakin bertambah sibuk apabila hari raya semakin dekat. Semestinya kita sibuk untuk bergotong royong membersih halaman rumah, mengemas dalam rumah, mengecat rumah, menjahit langsir baru, jahit baju baru, buat kek, biskut dan sebagainya.

Dalam kesibukan untuk menyambut raya, hari kemerdekaan pula janganlah dilupa.
Hari ini, 30 Ogos 2010… Esok seperti yang sudah2, pada 31 Ogos, kita akan menyambut hari kemerdekaan. Esok cuti lagi…! Alhamdulillah… buat kesekian kalinya kita dapat bersama lagi untuk menyambut hari yang penuh bermakna itu.

Isnin ~ mengapa ramai dikalangan kita yang beranggapan hari isnin hari yang membosankan…? Terutamanya… bagi golongan2 kita yang bekerja. Mesti kita ada alasan yang tersendiri. Pendapat peribadi saya pula, hari apa pun… kalau hati dah bosan, memang akan bosan. Tak kira hari isnin sahaja. Oh..

Pagi ini langit kelihatan agak gelap… menandakan akan gugurnya titisan hujan yang tidak diketahui bila. Yang pasti angin sepoi2 telah bertiup dengan gagahnya… maka dengan itu sepasang mata yang aku miliki ini juga berasa sepoi2 minta dipejamkan.

8 pagi ~ borang LNPT dah ada di atas meja minta dilengkapisikan. Oh.. kenapa borang ni kena isi tiap2 tahun, bosan sangat la dengan benda nie.. asyik2 yang sama untuk diisi. Alahaiii…. Isi setakat yang sudah disedia maklum sahaja, yang masih samar2 kena tunggu lepas cuti raya. Lama lagi tu…. rilex dulu.

Ha, kan tadi dah cakap, kuasa Allah s.w.t memang hebat. Hujan sudah mulai turun dengan lebatnya. Mulalah kulat2 tumbuh dan merayap2 dengan perlahan menuju ke hentian setiap 30 minit. Kulat yang berwarna warni, cantik…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s