>Sambut Raya Dengan RM500 – Antara Kakitangan Kerajaan Tetap Dan Kakitangan kontrak

>Hari ni dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah yang mulia ini.

Baru semalam kakitangan kerajaan terima gaji. Sebelum tu dah sibuk dah jari jemari menghitung duit keluar banyak mana nak bayar bil air, api, astro, broadband, telefon rumah dan segala2 keperluan (duit masuk entah bila…asyik keluar jer berlapis2 duit, errrmmm..). Fikir juga disitu hari nak raya, balik kampung satu hal. Belum lagi cerita nak bagi duit raya dengan mak ayah, anak saudara dan mereka2 yang sama waktu dengannya. Oh..

Menghitung hari demi hari dengan ketibaan hari raya. Dalam dok fikir2 tiap hari pasal persiapan raya, baju anak2, kuih muih, langsir baru, set sofa baru, serba baru2… kita teringat2 dengan bonus tahun ini. Semalam dah gempar satu dunia, wah… Bila PM mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebelum 1 Syawal kepada kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.

Hari ini semua dah mampu mengukir senyum dan bersyukur, sekurang2nya dapat juga meringankan beban yang ada. Paling tidak pun, dapat jugak membeli kasut baru anak2. Dan sekurang2nya di pagi raya tu boleh la masak lebih sikit ayam, daging, ketupat dan rendang semua… untuk santapan keluarga dan bersedekah kepada tetamu di pagi raya. Kalau sikit tu, biarlah sama merasa…

Dan, jangan dilupa bayar zakat. Ha, ini tanggungjawab yang mesti kita buat. Kalau kat tempat saya ni RM5.20 seorang sahaja. Jadi, bersedialah untuk itu, hitung anak berapa orang, suami isteri, emak ayah dan yang berkaitan. Simpan duit mencukupi.

Bagaimana pulak dengan kakitangan kontak..?

Oh, tidak. Hati saya tertarik dengan post di facebook adik kita sorang ni, berbunyi begini..:-

“kakitangan kontrak x dpt pun..kerajaan tutup mata je…pm najib pn buat taktau je..sapa la kami ni,hamba abdi kerajaan..apa2 insentif nor intensif pn xde..kwsp pn tak layak nak mncarum dan dicarum oleh majikan.mcmanalah agaknya msa dpn…keja penat2,lebih teruk dr kakitangan tetap yg asyik kluar ofis je.lg teruk staf yg kuat melobi bos,kerja kita yg buat,dia plak dpt nama kata dia yg buat..tp yg tetap jugak yg dapat duit raya..kerajaan oh kerajaan

Simpati jugak dengan luahan hati adik ini. Tapi, apalah daya kita yang hanya seorang rakyat biasa disini. Kita hanya mampu bersuara dan meluahkan perasaan tapi tiada berdaya untuk berbuat apa2. Cuma hanya mampu berharap dan terus berharap kepada mana2 pihak yang bertanggungjawab dan berkaitan agar memandang serius perkara ini. Kakitangan kontrak pun bekerja jugak kepada kerajaan bertahun2. Ada jugak yang tidak dinafikan beban tugas mereka2 ini lebih berat daripada kakitangan tetap yang lain. Bukan lah berniat untuk membangkit atau tidak juga bermaksud mereka tidak ikhlas menjalankan tugas tetapi biarlah mereka2 ini mendapat perhatian juga daripada pihak atasan sepertimana apa yang kakitangan tetap dapat.

Saya bersuara mewakili sahabat2 yang berstatus kontrak di Malaysia ini, harap jangan pulak ada yang beranggapan golongan ini tidak menghormati keputusan PM, tidak.. Mereka hanya ingin bersuara menyatakan apa yang terbuku dihati.

Kakitangan kontrak juga punya keluarga, punya anak untuk disarai. Mereka juga akan menyambut hari raya bersama keluarga. Mereka juga perlu membayar zakat. Mereka juga berkeinginan untuk makan sedap2 dipagi raya, anak2 mereka pun menyebut2 jugak kasut baru, baju baru… Nak harapkan gaji sebulan berstatus kontrak pulak… (terpaksa terima kenyataan..). Oh…

Kenyataan ini tidak berkaitan langsung dengan sesiapa yang hidup atau yang mati.

Mohon pengertian sahaja daripada pihak berkuasa.

p/s untuk diri sendiri ~ bersyukur dengan apa yang ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s