>Fasa Kehidupan – Cinta Monyet

>Cinta… adakalanya menyakitkan. Kekadang juga cinta itu sungguh menyenangkan dan membahagiakan. Ada diantara kita juga mengakui cinta itu amat rumit dan payah untuk dimengertikan.

Begitu juga dengan Cinta Monyet. Biasanya kita akan kaitkan cinta monyet ini dengan cinta yang wujud di alam persekolahan. Betul ke…? (Agaknya…) Masa sekolah kalau boleh ada yang cuba mengelak daripada terjerumus dengan cinta. Kerana takut perasaan itu akan menjejaskan tumpuan dalam pelajaran dan keluarga. Memang betul… kita datang ke sekolah bukan untuk bercinta tetapi untuk menimba ilmu dan belajar dengan sebaik2nya.

Ramai juga yang berkata, untuk beroleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam pelajaran perlu ada cinta (pulak dah…). Iya, ternyata pendirian kita adalah berbeza, tidak sama. Malahan, tanggapan kita terhadap kewujudan cinta juga turut berbeza dan tidak sama. Kerana semuanya sudah diatur oleh Tuhan. Engkau bercinta nanti, begini… Dia nanti akan dicintai nanti begitu… Mereka2 itu pulak menyintai dengan itu dan ini…

Cinta masa sekolah ni lebih kurang macam chipsmore.. kejap ada, kejap takde. Ada juga yang bercinta bagai nak rak… tak ingat dunia. Buku pun dah lupa, cikgu pun dah tak ingat siapa. Kadang2 tu, jalan menuju ke sekolah pulak dah tak ingat ke mana. Sebab itu agaknya ramai pelajar yang ponteng sekolah sebab dah lupa jalan nak ke sekolah.

Ada yang anggap cinta alam sekolah sekadar ‘cinta main-main’. Sekadar nak melepaskan geram sahaja. Kan ada waktu ‘keboringan‘ sebab terlalu banyak membaca, asyik2 belajar… kelas tambahan, kelas itu, kelas ini… maka ambil peluang dengan beranggapan bila bercinta dan berpasangan akan mampu membuang jauh perasaan boring itu. Agaknya bila pelajar yang boring ni bercinta, dunia mereka akan aman. Kalaulah bercinta ni akan membawa pelajar kepada kecemerlangan yang sebenarnya, alhamdulillah… Ramai mak bapak dan cikgu2 yang menyokong sangat2 untuk kempen ‘bercinta dalam sekolah’, ererrmmmm….~

Bercinta dan merasa bahagia dengan pasangan memanglah manis. Lebih manis daripada gula dan madu. Bagaimana pulak kalau kita kecewa dan ditinggalkan oleh pasangan kita..? Putus cinta. Ada la nanti masuk surat khabar dan Buletin Utama… pelajar mati bunuh diri kerana putus cinta. Pelajar terjun bangunan 12 tingkat kerana cinta tidak dilayan. Pelajar bergaduh kerana berebut kekasih dan segala…..~

Memang perit bila putus cinta. Tak siapapun yang sanggup putus cinta. Semua kita inginkan cinta yang kekal. Dah bila merasa perit ni pulak, mulalah nak salahkan orang lain. Dah mula nak salahkan takdir. Siapakah yang harus disalahkan, salahkan diri sendiri… salahkan orang lain atau salahkan takdir.

Tamat persekolahan, masing2 bawa haluan dan arah tuju yang berlainan. Mulalah mengamalkan cinta jarak jauh… kalau dulu2 guna surat jerr, pos tiap2 minggu. Selalu jengok pejabat pos, selalu check peti surat. Tapi sekarang mereka2 itu sudah bernasib baik, beli handphone pun macam beli keropok jer. Gara2 nak bersms dan koling2 dengan awek, handphone kenalah ada. Tapi, cinta jarak jauh ni jarang yang panjang hayatnya, sebab ramai yang suka buat perangai. Maklumlah, jauh di mata… jauh juga di hati. Darah muda. Maka cinta monyet yang diagung2kan dulu…dah tidak bernyawa lagi. Kau dengan cinta kau, aku dengan cinta aku…~

Cinta jarak jauh ni ada kisahnya jugak. Rindu nak bertentang mata berkobar2 terasa. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Bayangkan, masa sekolah rendah dah 6 tahun, tambah sekolah menengah lagi… campur lagi dengan masa bersms, bersurat2…segala2. Adalah puluh tahun agaknya. Masa masih muda zaman sekolah dulu memanglah muka cun gilerr… badan pun sweet sangat. Tup..tup… bila dah habis sekolah, masa tunggu result spm, stpm dok rumah tiap hari kerjanya asyik makan tidur makan tidur. Last2, berat badan pun naik tanpa disedari. Pipi pun dah mula tembam macam belon. Haa… masa ni pulak la si dia nak ajak berjumpa bersua muka di tempat biasa masa sekolah dulu… Bila dah bersua muka, orang yang dicinta masa dulu dah berubah, tak cantik lagi, tak cute lagi… mulalah hati dah tawar. Macam2 la yang berlegar di fikiran.

Betul… biasanya macam tu lah. Boleh hitung dengan jari memang tak lebih dari sepuluh pun pasangan yang bercinta di zaman sekolah akan sampai ke jinjang pelamin. Dah banyak bukti yang dapat kita lihat, kan… Jadi, takde maknanya cinta monyet itu. Hanyalah akan memudaratkan pelajaran anda dan menjerumuskan anda ke lembah masa depan yang hitam. Percayalah…

Bercintalah dengan sesiapa sahaja sebaik2nya di zaman anda sedang berada di zon yang betul2 stabil. Kerana ia akan membantu ada menuju ke cita2 yang anda idam2kan di zaman persekolahan dulu iaitu cinta sejati…~~~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s