>Sebelum Dan Sesudah Blogger

> Minat didalam bidang penulisan sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Kalau tak de apa2 nak dibuat kat rumah, saya akan menulis. Dulu saya suka menulis cerpen dan novel pendek. Saya hanya menulis dengan tangan sahaja… Bila masuk tingkatan 3 atas keperluan dalam pembelajaran, saya telah membeli sebuah mesin taip. Saya minta kebenaran dari ayah untuk membeli mesin taip dan meminta bantuan seorang guru untuk membelinya. Kalau tidak silap saya, masa itu harga mesin taip yang saya beli tu lebih kurang RM350. Bermula dari itu, saya mula mencuba untuk menaip. Hasil tulisan saya simpan sendiri dan kadang2 saya bawa ke sekolah suruh kawan2 baca. Alhamdulillah… kawan2 seronok bila membaca dan ada diantara mereka yang memuji jalan cerita yang saya hasilkan itu sangat menarik. ( tau jer lah… masa tu kan masih remaja lagi… apa yang dibaca kawan2 tau cakap bagus jer… bagus la tu kot… terima kasih kerana memuji…) Mereka turut memberi galakan agar saya terus menulis.

Memang saya terus menulis. Saya pernah menghantar hasil tulisan saya di dalam surat khabar tempatan. Kalau tidak silap tajuk ruangan tu ialah ‘Coretan Kenang Kenangan’. Ruangan ini memang terbuka kepada semua pembaca yang berminat untuk menyumbangkan cerita2 yang menarik, kenangan2 masa silam, di rumah, di sekolah atau di mana2 sahaja. Saya tidak lepaskan peluang itu… saya cuba menulis. Masa tu saya dalam tingkatan 5. Hanya dalam beberapa bulan sahaja lagi akan menduduki SPM. Kebetulan pulak masa itu juga saya baru saja keluar hospital, baru lepas pembedahan appendix. Ia menjadi isi cerita saya. Memang banyak kisah menarik selama saya didalam hospital, kepedihan dan kesakitan yang dialami sebelum dan selepas dibedah. Saya terpaksa turun ke sekolah ketika jahitan selepas bedah itu masih baru, ( jahitan pun belum bukak lagi…). Masa itu saya tinggal di asrama. Alhamdulillah… tulisan saya itu telah disiarkan dalam surat khabar jugak. Saya berasa cukup berpuas hati dan merasakan kerja kita itu telah dihargai. Lantaran itulah semangat untuk menulis semakin berkobar2… errmmm…

Kita tinggalkan cerita itu…. dan berbalik kepada cerita berblogging.

Kini… saya sudah mula berjinak2 dengan dunia blogging. Alahaiii… kenapa la aku tetiba boleh terjerumus ke dunia ini… Adakah kerana minat… atau kerana aku terpengaruh dengan apa yang telah aku lihat dan layari dalam internet… atau adakah ini hobi aku…:) errmm…

Saya masih baru dalam dunia blog. Baru sangat2… Menjerumuskan diri kedalam dunia blog ini pun hanya setelah membaca blog seorang sahabat iaitu blog something by tauhhid. Banyak entry2 yang menarik … dan saya suka membacanya. Disitulah timbul minat dan kemahuan saya untuk men’create‘kan blog sendiri. Saya suka membaca blog2 orang lain, kerana bagi saya itu adalah salah satu cara untuk saya memajukan diri dalam menulis sesuatu yang mampu menarik perhatian pembaca. Kalau orang berminat nak membaca cerita kita sampai habis dan melawat berkali2… itu sudah memadai. Itu bermakna tulisan kita ada daya tarikan.

Bagi saya untuk menulis sesuatu entry yang benar2 bagus pulak bukan perkara yang mudah. Kita perlu sampaikan dengan jelas dan baik serta bahasa yang menarik. Terover sangat pun tidak boleh jugak, kan…? eerrmm… serba salah. Tetapi, begitulah kenyataan yang sebenarnya.

Cuma, sebagai blogger yang baru nie… masih terlalu banyak persoalan dan tanda soal (?) yang sering berlegar di kepala. Takut, bimbang dan malu… semua ada.

Takut, Bimbang Dan Malu

Iya… perasaan takut, bimbang dan malu itu sentiasa menghantui perasaan. Kita membayangkan begini… “ada kah pembaca yang berminat nak bukak blog aku nie…?” “apa agaknya penilaian mereka selepas membaca blog aku nie pulak…?” Kita juga takut orang akan mengejek dan menghina penulisan kita. Maklumlah, blog kita nie kan semua orang boleh bukak, dari orang biasa2, budak2 sampai kepada golongan atasan dan tidak terkecuali si blogger2 yang otai..!! Otai..?? Tu yang buat kita rasa takut dan bimbang sangat2.

Sebut pasal blogger otai nie tetiba jer tangan rasa terketar2 nak menaip. hehehh…. (Ada kah kat dunia blogging nie seorang blogger otai..?) Ada la tu kot… Saya ada menyimpan anugerah yang tersendiri. Secara peribadi… semenjak dah jadi seorang blogger ciput nie… saya selalu jugak membuka blog2 orang lain. Saya ada ‘blogger otai’ saya sendiri. Kiranya lebih kurang macam idola ataupun mentor lah tu… Saya tidak bercadang nak mencanangkan nama blogger bekenaan itu disini. Biarlah rahsia….~~ Biarlah rahsia…~~

Rahsia

Biarlah rahsia… demi menjaga tatasusila saya disini, rasa tidak manis jugak nak sebut nama blogger mentor saya disini. Takut ada pulak rakan blogger yang lain terasa hati (sedangkan dia merasakan dia lebih otai-otai lagi agaknyer…). Takpe, yang penting kalau kita bercakap atau menulis janganlah ikut sedap mulut sahaja. Hati dan perasaan orang lain kena jaga. Payah kalau kita sudah membuatkan orang lain terasa hati, berkecik ati, hancur hati atau ape2 jer… silap2 hati akan tercedera kerananya. Mintak jauhlah semua itu. Kita disini bukan untuk berperang tetapi kita ingin berjuang secara sihat sebagai blogger yang terbaik di mata hati pembaca.

Menjadi yang terbaik di mata hati pembaca… ~~

Advertisements

2 responses to “>Sebelum Dan Sesudah Blogger

  1. >Bila dah jadi blogger..mula2 seronok bercerita itu initapi……. bila kita sedar ramai yg membaca secara diam…kita jadi 'risau ' utk menulis secara bebas seperti dululainlah kalau blogger itu 'bersembunyi' disebalik identiti yang dirahsiakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s