>Cerita Nasi Bubur Asyura…

>Hari pertama berpuasa pada tahun ini, 2010… saya sengaja ambik cuti sehari semata-mata nak penuhi selera abang yang nak makan makanan kegemaran dia, nasi bubur asyura…untuk makan berbuka. Anak2 pun suka jugak bubur nie…

eerrmm…. Kebetulan pulak, malam tu abang bertugas di Masjid kampung, abang dah berniat awal2 nak sedekah sikit nasi bubur tu kepada jemaah yang ada berterawih di masjid. Jadi, demi anak2 dan suami…. dan untuk berbuat amal di bulan yang mulia, aku gagahi jua langkah ini….
Lebih kurang jam 2.30 petang, saya dah mula menyibukkan diri di dapur untuk membuat persediaan nak memasak bubur asyura. Semangat kena ada….baru ada ummpphh…. ade ummpph ke..?? hehehe…
Ntah… tidak semestinya di bulan ramadhan, ada ketika bila selera tetiba nak makan bubur ni, saya pasti akan buat. Abang nie kan….tiap kali makan, abang pasti akan puji melambung2 nasi bubur yang saya buat tu sedap…. alaahaiii…. Abang kata, rasa nasi bubur yang saya buat tu, susah nak ditandingkan dengan nasi bubur yang orang lain buat.
Sedap sangat2 la tu, agaknyer…. Apapun, alhamdulillah… kalau suami kita dah memuji masakan kita, bersyukur lah… dan terimalah pujian itu dengan ikhlas. Masakan dari air tangan kita sendiri untuk dihidang kepada suami sendiri, sudah ada satu kepuasan disitu… Terima kasih abang, eemmmuuahhh……
Memang pun…abang bertambah dah banyak kali dah…ntah berapa pinggan pun saya tak pasti. Si anak2 pulak, sama jerr… Siti Aisyah, siang2 dah telan air liur bila dapat tahu saya nak masak bubur tu. Cuma, Kak Fatin nie nampak slow sikit…satu pinggan jer, tu pun tak banyak. Selera tak sama la tu kott… atau pun semangat nak makan masih sembap lepas seharian berpuasa.
Ok…jadi disini, rasanya tak salah kalau saya sertakan resepi Nasi Bubur Asyura untuk dikongsikan bersama.. Mungkin resepi saya dengan resepi akak2 kat luar tu ada perbezaan sikit. Tapi, tak mengapa… yang penting kita mau rasa tu…biar la sedap dan menyelerakan…

Nasi Bubur Asyura

Bahan2:

Beras – direndam terlebih dahulu sebelum dimasak supaya kembang.
Bawang Putih – dikisar
Bawang Merah – dikisar
Halia – dikisar
Isi Daging Ayam – dihiris halus dan nipis
Isi Daging Lembu – dihiris halus dan nipis
Udang Kering / Sesar – direndam terlebih dahulu sebelum dimasak
Sayur Campur
Kulat Butang – 1 tin – dipotong 4
Kacang Tanah – direndam terlebih dahulu sebelum dimasak
Serbuk Lada
Kiub Ayam (Maggie) – 3 bungkus
Sup Bunjut – 1 bungkus
Santan Kelapa – 2 biji
Minyak Masak – Untuk menumis
Perasa
Garam

Cara2 Membuat:

  • Tumiskan bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih, halia)
  • Tumis sehingga naik bau nya..
  • Kemudian, masukkan isi ayam dan isi daging dan ditambah air sedikit supaya isi daging akan lembut.
  • Sesudah agak2 masak, masukkan beras yang telah direndam tadi. Masukkan juga air secukupnya dan dikuar sebati. Biarkan seketika.
  • Selepas itu, masukkan kacang tanah, udang kering, kulat butang dan sayur campur.
  • Masukkan juga kiub ayam maggie dan sup bunjut.
  • Setelah hampir masak, masukkan perahan air santan dan serbuk lada.
  • Beri perasa dan garam sedikit ikut selera masing masing.
  • Bila sudah masak, hidangkan lah…
  • Boleh makan dengan sekenyang-kenyang nyer….

** Nasi bubur ini perlu dikuar selalu supaya tidak hangus terutama dibahagian bawah sekali.

Jeng..jeng..jeng… inilah resepi saya yang tersendiri. Kebanyakan resepi nasi bubur yang saya jumpa bila bertemu dengan geng2 di luar ni sangat berbeza2 bahan2nya, tidak sama… Tapi, itu tidak menjadi masalah. Kita buat lah ikut selera sendiri, yang penting sedap dan puas hati, kan…? Sila lah cuba sekali sekala di rumah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s