>Resepi Istimewa – Ayam Pansuh Umbut Pisang

> Ayam Pansuh… Errmm….sedap la.. Ada sebilangan diantara kita yang belum pernah merasa resepi ini. Dan tidak kurang juga ada yang sudah merasa. Ayam pansuh memang sedap…memang berbeza rasa sedapnya berbanding sekiranya ayam dimasak dengan resepi lain, contohnya kari ayam, ayam kicap, rendang ayam dan sebagainya. Tetapi, lain orang…lain caranya. Lain orang, lain jugaklah citarasanya.

Resepi ini saya ambik dari web mesra.net resepi yang dikirim oleh seorang sahabat bernama Mr. Jame Dilima ak Sangget. Terima kasih atas kiriman ini….!!

Apa-apapun, tidak salah rasanya jika kita ingin mencuba…. Jom… kita tengok apa bahan-bahan untuk membuat Ayam Pansuh Umbut Pisang dan cara-cara membuatnya. Ada masa free hujung minggu kita try lerr….

Bahan-Bahan:

-seekor ayam ( dipotong sederhana saiznya)
Bahan-bahan yang ditumbuk:
-4 biji bawang merah
-6 ulas bawang putih
-3 batang serai
-4 inci halia
-sebatang umbut pisang(pisang utan/kepuk)
di potong pendek2
-seikat daun pucuk ubi (sebagai penutup buluh)
perasa:
-daun bungkang (sebagai penambah aroma)
-garam dan aji secukup rasa
-sedikit lada sulah
-sedikit belacan
*kalau nak nyaman lagi tambah le tempoyak sesedap rasa
Cara:
1.gaulkan ayam dengan bahan2 yang telah ditumbuk dan bahan2 perasa
2.kemudian masukkan kedalam buluh (berkulit tebal n besar lagi bagus)
3.sumbat mulut buluh dengan daun pucuk ubi yang telah direnyuk

4.tuang sedikit air

5.bakar le dengan api yang sederhana sampai masak
Cadangan Hidangan:
-hidang dalam pinggan besar dan makan bersama dengan nasi panas2.
-boleh dihidang untuk 10 orang
Tambahan:
cuba la resipi ini.kalau tidak mahu guna ayam boleh tukar dengan ikan sungai tetapi jangan letak umbut je.

p/s Selamat mencuba…!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s