Harap Semangat Itu Takkan Hilang

Dah masuk bulan Mac, sejak dari bulan Februari lepas lagi cerita tentang PPG (Program Pensiswazahan Guru) masih menjadi topik utama.  Sini situ sana sinun…mesti ada cerita-cerita ulangan yang tak henti-henti dibualkan. Adoii…kalau dah tiap hari asyik sebut hal yang sama, ulang-ulang cerita yang sama kita yang tiada kaitan ni mendengarnya pun dah naik muak.  Orang sarawak cakap ‘dah lejuk’, hehe.. Memanglah seronok kalau kita berjaya ditawarkan untuk program yang sememangnya kita minta tetapi janganlah sampai terover excited sampai tidak ambil kesah tentang orang lain.

Saya akui… niat untuk menyambung belajar memang ada.  Malahan, bila melihat kawan-kawan seangkatan dan sama waktu dengannya telah berjaya kita mesti ‘terasa’ jika kita pula tidak berjaya.  Sedih memang teramat sedih.  Masa itulah, seorang kawan yang sanggup menangis dan ketawa bersama amat diperlukan. Tetapi..tiada.

Dua tiga hari lepas, seorang kawan yang dapat saya sebutkan disini bernama ‘C’ telah meluahkan perasaannya berkaitan dengan PPG itu.  Agak terkilan dan hati terasa sebak bila mendengar ceritanya.  Lebih-lebih lagi dia adalah rakan karib.  Janganlah cepat memandang rendah dan membuat penilaian negatif kepada seseorang jika semata-mata disebabkan dia tidak berjaya.  Kerana kita belum tentu layak dikategorikan sebagai orang yang telah berjaya kerana kita baru sahaja berjaya ditawarkan.  Mampu atau tidak andai suatu hari nanti kita teruskan pembelajaran itu dengan sempurna dan lulus dengan jayanya seperti orang lain yang telah berjaya.  Belum tentu.

Harap-harap semangat untuk belajar yang ada sekarang tidak akan terputus ditengah jalan.  Itu yang kita harapkan.  Takut nanti ada yang berhenti ditengah jalan dan impian untuk menjadi seorang yang berkelulusan universiti hanya tinggal saki baki.  Kerana dah terlalu banyak terjadi di depan mata mereka-mereka yang sudah setahun atau dua tahun belajar tiba-tiba berhenti dengan alasan yang macam-macam.  Bayangkanlah, dalam masa itu berapa banyak masa, wang ringgit, penat lelah dan segala….telah kita habiskan.  Belum lagi kita fikirkan tentang harapan orang tua kita dan impian sendiri yang hanya tinggal mimpi.

Berbalik kepada cerita rakan karib, ‘C’….  Masa masih panjang dan peluang yang ada masih berkeping-keping di hadapan mata menunggu kita.  Jangan mudah berputus asa dan jangan cepat mengalah dengan apa sahaja pandangan serta tohmahan yang dilemparkan terhadap diri kita.  Nescaya itu semua ada hikmahnya.  Kalau tahun ini bukan rezeki kita mungkin tahun depan adalah milik kita.  Berusahalah selagi terdaya.

Hangat Nya Salma Mentor 5

Rancangan Mentor 5… Kalau kita tanya dengan sesiapa saja peminat rancangan ini mesti mereka masih ingat pada malam itu apabila giliran Salma protege kepada penyanyi jelita dan penyanyi tersohor Malaysia Erra Fazira telah membuat persembahan.  Di belakang pentas selepas itu Erra Fazira dan Salma ditemuramah.  Ingat tak ‘soalan cepu emas’ yang diajukan kepada Erra Fazira,  Rasa tak sedap hati bila dengar sebilangan mereka mengatakan Salma tak cantik, tiada pakej untuk menjadi seorang penyanyi, harapkan suara sahaja.  Kalau nak dibandingkan dengan protege-protege lain, Salma ‘kureenggg’ sikit kecantikannya.  Perlu ke??

Isshh…tak elok la kita memperkatakan tentang Salma begitu.  Kasihan Salma.

Kalau lah betul dan kalau lah ramai mereka-mereka dalam industri seni hanya memandang rupa sebagai perkara yang paling penting dan utama untuk menjadi bintang terkenal, alamatnya…prestasi industri kita di Malaysia ini tidak mustahil memang tidak akan mampu menandingi dunia luar.

Nak ulang tayang…ini persembahan Salma pada malam itu dan dia mendendangkan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.

Eemm…dan dibawah ni adalah sedikit komen-komen daripada penonton daripada youtube…:)

1)  hello, i’m australian.. i totally like her voice… my malaysian frenz asked me to watch this vid… it’s great n not too much singer in malaysia like her.. til now, i have watch this vid till 12 time i guess.. coz, it amazed me..it awesome!! great voice, pretty look, n cute..

how old is she?? i will follow her till the time is coming.. btw, i hope she can go far as best as she can.. is that the new talent in malaysia???

dreek2dd27 1 day ago 16 
 

2)Dah bape kali dahku comment video ni…tapi x puas sngt sbb x puas comment and x puas tengok video ni…Dah berapa kali dahku tengok video ni..Best !

 

 

3)@biskutmonster tu la pasal… entah bile a yang lain2 nak tunjuk n cabar salma. konsert pengenalan pun salma dah bagi yang terbaik… apatah lagi final kang kankankan… yang lain dah habis final baru tunjuk kut. hahahaha…

MrJasmal89 5 hours ago

 

4) i rase salma bwa lagu ne lagi power dr jaclyn victor….love them both!

langkahsyabas 3 hours ago

5) 4 musim mentor yg sudah..aku rasa inilah protege yg paling mantap yg pernah aku dengar dan aku tak salah jika aku katakan SALMA adalah seorang BINTANG yg akan menyinar bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di luar negara. Harap pihak pengurusan ambil perhatian dengan SALMA ini.

heypezol 4 days ago 9 

*** Ini hanya 5 daripada beribu-ribu komen yang penonton luahkan.  Nak saya copy paste kan kesemuanya, takut nanti ada yang tidak senang hati melihatnya.  Cukuplah… dan Alhamdulillah, nampaknya penonton dan peminat sudah tahu menilai bahawa tidak semestinya CANTIK baru boleh jadi artis.

Betapa hebatnya bakat yang telah Salma ada sesungguhnya tidak dapat kita nafikan.  Kenapa perlu pertikaikan kekurangan yang ada pada dirinya dan kenapa kelebihan ketara yang ada pada Salma tidak menjadi isu.

Dan, video di bawah ni saya ambil dari youtube jugak, semasa Salma membuat persembahan di majlis perkahwinan di kampungnya.

Oh, Salma…!

***Kita baca komen-komen dibawah:

nape ckp die x cantik? mmg la x cantik sgt tp sweet ape

mit3696 1 day ago

I just don’t get it why people say that she is not beautiful. I mean, come on! She has this extraordinary voice but it does not mean she has to have extraordinary good looks too. She is just beautiful the way she is. Long way to go Salma! =)

neophytereigns 3 days ago

Puas mencari komen-komen yang barangkali mungkin ada yang mengutuk Salma…tapi  alhamdulillah, komen memuji lebih banyak daripada mengutuk.

Kepada sahabat handai, rakan taulan, peminat industri muzik Malaysia, peminat Salma, peminat Erra Fazira dan sesiapa sahaja… sokonglah industri kita mengikut jalan yang betul.  Jangan menilai seseorang penyanyi atau bakal penyanyi popular itu hanya dari luaran sahaja.  Jangan menjadikan isu kecantikan wajah sebagai pakej yang utama dan yang paling penting untuk menjadi penyanyi popular.

Banyak sebenarnya yang ingin diperkatakan disini tentang isu pakej utama untuk menjadi artis, tetapi…saya hentikan disini buat sementara waktu.  Insyaallah…akan bersambung dilain masa.

Jiran Baru

Geram dengan sikap jiran baru yang terlalu menyombong diri, berlagak seperti orang paling kaya di kampung ini.  Dah lah tak reti nak menegur jauh sekali nak memberi salam, berlanggar bahu pun belum tentu nak bersedekah senyum, walaupun senyum kambing (senyum itu satu sedekah…walaupun senyum kambing, asalkan ikhlas…..).

** Ini keluhan sebilangan manusia yang ada di sekeliling kita bila berdepan dengan jiran baru yang tidak mesra alam.

Ramai yang tidak tahu antara sikap yang perlu ada jika kita baru pindah rumah. Tak kesahlah samada berpindah rumah baru di kampung, di bandar, flat, perumahan dan sebagainya…yang penting walau dalam situasai apa sekalipun kita mesti berkenalan lebih rapat dan mesra dengan jiran sebelah.  Apalagi kalau kita itu adalah orang baru di tempat itu.

**Ada yang berlagak kaya, seperti merekalah orang yang paling kaya.  Seburuk-buruk rumah orang sebelah tu, dia tetap jiran kita.  Dan, kita tetap ‘orang baru’ dan jangan tidak sedar diri.

Ini tidak, baru dua tiga hari memijakkan kaki, tidur pun belum sempat lagi kat rumah baru tu, kata-mengata, tuduh-menuduh, sindir menyindir…semua dah timbul.  Kita kenal ke jiran sebelah rumah tu?  Tahu ke siapa jiran kita kat sebelah tu?  Yang ketaranya, bila kita orang baru di tempat yang baru…kita mesti pandai-pandailah bawa diri.  Jangan menyombong tak tentu pasal.  Jangan memandai nak mengata itu ini tentang jiran kita.  Tak elok menuduh tanpa usul periksa.  Jangan sekali-sekali memfitnah dengan tidak munasabah.  Subhanallah.

Bagaimana kita nak hidup berjiran ditempat orang sedangkan kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang sekeliling kita.  Sendiri mau ingat laa…kita orang baru kena mesrakan diri dengan orang-orang yang memang sudah lama kat situ.  Bila kita menyombong diri, entah esok entah lusa…bila kita ada masalah mahu ke orang nak tolong kita?

Berfikir dan terus berfikir tanpa menemui jawapan yang tepat.  Mendengar keluhan seorang kawan tentang ‘jiran baru’ menjadikan minda ini terdetik untuk menulis entri ini.  Hairan, rupa-rupanya orang begitu masih wujud di muka bumi ini.